Monday, January 4, 2010

Panduan Membuat Soalan

  • Aspek bahasa (nahu, ejaan, gaya bahasa).
  • Aspek pembinaan ayat, cara penyoalan dan sebagainya.
  • Aspek pengubahsuaian ayat (kreativiti, kepelbagaian dan kebijaksanaan)
  • Soalan secara langsung atau direct question
  • Ayat / perkataan yang tidak perlu hendaklah dibuangkan.
  • Susunan nombor roman mengikut tertib terhadap jawapan pada soalan objektif
  • Fakta-fakta lain yang sesuai / mana-mana fikrah yang sesuai
  • Menyemak persamaan soalan dan skema jawapan.
  • Aspek terjemahan al-Quran (Pimpinan Al-Rahman JPM)/Mu’jam alfaz al-Quran (nama surah dan ayat berapa)
  • Seorang membaca soalan sebagai proof-reading dan yang lain menyemak terutamanya pada perkataan 'skema tamat, sulit, sah, diterima dan setuju
  • Menjaga kerahsiaan soalan
  • Melakukan sumbangsaran atau brainstorming idea
  • Menyemak aspek aras soalan dan taksonomi soalan(Bloom dll)
  • Soalan hendaklah ringkas, tepat dan padat tidak berbelit-belit
  • Perlu kepada penelitian dan kepakaran terutama pensyarah senior yang mengajar lama dalam satu-satu subjek atau kod tertentu.
  • Jangan ambil semula soalan-soalan tahun lepas; binalah soalan yang BARU, ORIGINAL, tulen dan asli.
  • Panduan pembinaan soalan obj ektif dan subj ektif(esei).... asingkan gayanya
  • Pastikan ada relevansi antara pernyataan dengan soalan yang hendak disoal
  • Dua kenyataan yang panjang biasanya disatukan dan diringkaskan ayat dan struktur soalannya. (mudahkan dan straight forward soalan)
  • Hati-hati dalam mengguna perkataan atau istilah dalam pembinaan soalan
  • Soalan objektif biasanya ada ayat pertanyaan seperti apakah, manakah, pilih satu yang tepat dll
  • Adakah kita pernah mengajar tajuk tersebut atau tidak dalam kuliah?
  • Adakah angka atau cara pengiraan mengikut perubahan semasa atau masih mengguna cara lama?
  • Ahli vetting biasanya ingin membuang ayat atau perkataan yang TIDAK PERLU dan soalan menjadi LEBIH RINGKAS, TEPAT DAN JELAS MAKSUDNYA.
  • Orang lain cara lain, kita cara kita masing-masing menggunakan pengalaman dan cara tersendiri dalam pembinaan soalan.Oleh itu kita perlu kepada ramai orang untuk memberi komen dan melihat sesuatu soalan sebelum dibincang dan divettingkan.
  • Perlu kepelbagaian pertanyaan soalan/kepelbagaian perkataan/istilah/teknik/bahasa
  • Taburan markah juga hendaklah munasabah bermula dengan sedikit kemudian sederhana dan banyak dan seimbang antara fakta dan markah bukan hanya sekadar mencukupkan jumlah markah tetapi biar seimbang dan munasabah.
  • Boleh juga mengguna bentuk pernyataan secara langsung bukan penyoalan tetapi jangan terlalu banyak soalan jenis tersebut.
  • Bina soalan untuk semua kampus bukan pelajar kampus kita sahaja; sebab itu perlu ikut silibus dan skima umum.
  • Kurahgkan penyoalan dari aspek maksud sahaja atau defmisi bahasa dan istilah.

No comments:

Post a Comment