Monday, January 4, 2010

Soalan CTU551A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEPERIKSAAN AKHIR



KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KOD KURSUS : CTU551/TITAS1

PEPERIKSAAN : APRIL 2007

MASA : 2 JAM



ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)

2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan sahaja dari BAHAGIAN B.

i. BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR
ii. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas.

4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:
i. Kertas Soalan
ii. Satu Buku Jawapan – disediakan oleh Fakulti
iii. Satu Kertas Jawapan Objektif OMR












_____________________________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN
Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

BAHAGIAN A (30 markah)

Jawab SEMUA soalan

Hitamkan  pada jawapan yang paling TEPAT.

1. Ibn Khaldun merupakan salah seorang tokoh sejarawan pada abad ke 15M yang lalu. Beliau banyak membincangkan mengenai tamadun manusia. Istilah yang sering digunakan bagi menunjukkan pengertian tamadun ialah…

A. Madaniah
B. Thaqafah
C. Tamaddun
D. ‘Umran

2. Di antara karya Ibn Khaldun yang banyak menjelaskan mengenai tamadun boleh didapati di dalam penulisannya yang amat terkenal iaitu.

A. Al Tarikh al Tamadun al Islami
B. Al Muqaddimah
C. Sirah al Tamadun
D. Sirah al Madaniah

3. Tidak dapat dinafikan semua tamadun dunia termasuklah Tamdun China, Tamadun India, Tamadun Jepun dan Tamadun Islam amat menekankan kepada aspek..

A. Sistem kesenian
B. Sistem ekonomi
C. Sistem tulisan
D. Sistem pengairan

4. Konsep dan penghayatan Tamadun Islam mula diperkenalkan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini khususnya untuk pelajar-pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi adalah disebabkan oleh…

A. Tuntutan negara
B. Memartabatkankan Islam kepada masyarakat muslim dan non-muslim
C. Menyatakan Islam sebagai al Din
D. Mengajak manusia menganut agama Islam

5. Orang Paleolitik merupakan suatu kumpulan manusia yang pernah wujud di rantau ini yang aktiviti merekak adalah tertumpu kepada…

A. Menjadi lanun
B. Berburu dan menangkap ikan
C. Mengembara mencari tempat baru
D. Berdagang

6. Mengikut ahli sejarah bahawa masyarakat kini tidak dapat memisahkan diri mereka dari membaca dan menulis. Semua sistem penulisan yang ada pada hari ini adalah diwarisi dari…

A. Sanskrit
B. Rom
C. Parsi
D. Ponecia

7. Dalam sejarah banyak kerajaan yang ada di atas muka bumi ini dapat bertahan lama hingga ada pemerintahan mereka dapat menjangkau sampai lebih dari ribuan tahun. Apakah faktor utama yang menentukan sesuatu tamadun itu bertahan dengan lebih lama…

A. Kajian ilmiah
B. Akhlak mulia
C. Politik yang kukuh
D. Ekonomi yang kukuh

8. Kita dapat menyaksikan dalam sejarah jatuh bangunnya sesebuah tamadun adalah berpunca daripada beberapa faktor. Antara faktor yang lebih utama membawa kepada kehancuran sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh …

A. Rakyat yang malas bekerja
B. Masalah pendapatan negara
C. Masalah undang-undang negara
D. Sikap tertutup dan nilai moral

9. Setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik ke tangan Kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad, maka Abdul Rahman yang merupkan saki baki Bani Umaiyah telah melarikan diri ke Andalus serta mendirikan Kerajaan Bani Umaiyah ke dua di sana yang berpusat di ….

A. Valencia
B. Cordova
C. Toledo
D. Seville

10. Sekukuh mana pun Kerajaan Bani Abbasiyah akhirnya sampailah ke penghujung pemerintahnnya. Setelah itu bertukarlah pula kepada Kerajaan Turki Uthmaniah. Berikut siapakah pengasas kerajaan Turki Uthmaniyah….

A. Urkhan
B. Abdul Hamid
C. Muhammad
D. Muhammad al Fatih

11. Sejarah tamadun dunia telah memperlihatkan keistimewaan masing-masing. Demikianlah keistimewaan yang ada pada Tamadun Islam. Apakah anda dapat menyaksikan pada Tamadun Islam yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri berbanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain…

A. Mempunyai kitab suci
B. Pemimpin yang bijak
C. Agama melahirkan tamadun
D. Kerohanian melahirkan tamadun

12. Terdapat banyak ciri-ciri yang membezakan antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Antara ciri-ciri utama Tamadun Islam adalah seperti berikut. KECUALI.
i. Sempurna
ii. Umum
iii. Tetap dan anjal
iv. Ideal dan realistik
v. Semasa
vi. Moden

A. i, ii, iii, iv
B. i, iii, iv
C. i, ii, iii, iv, v
D. Semua di atas

13. Setelah Rasulullah s.a.w. mengutuskan Othman bin al Affan kepada pihak kafir Quraisy dan nasib beliau tidak diketahuai sama ada masih hidup atau sudah mati di tangan Quraisy maka Rasulullah s.w.t. telah memanggil para sahabat untuk mengadakan suatu perjanjian yang disebut sebagai perjanjian.

A. Perjanjian sehidup semati
B. Perjanjian Aqabah
C. Perjanjian Hudaibiyah
D. Perjanjian Ridhwan

14. Dalam sejarah penulisan di Nusantara, para ulamak Melayu telah mencipta tulisan Jawi iaitu gabungan antara Arab dan Parsi untuk mewujudkan suatu sistem penulisan yang boleh digunakan oleh masyarakat Islam Nusantara yang kemudiannya tulisan itu dinamakan sebagai tulisan jawi. Pada pandangan anda apakah maksud jawi ini.

A. Orang Jawa
B. Ulamak berkenaan bermazhab Jabariah
C. Tanah hujung (Acheh/Sumatera).
D. Orang Jauh

15. Masyarakat Melayu seperti juga masyarakat lain di muka bumi ini yang melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Pada peringkat awal sebelum kedatangan penjajah Barat, apakah bentuk ekonomi yang dijalan oleh masyarakat Melayu…

A. Ekonomi perdangangan
B. Ekonomi sara diri
C. Ekonomi pertanian
D. Ekonomi penternakan

16. Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang mempunyai perlembagaan yang tersendiri. Perlembagaan itu telah menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. Apakah nama perlembagaan berkenaan..

A. Malaysia
B. Wilayah Persekutuan
C. Persekutuan Malaysia
D. Persekutuan Tanah Melayu

17. Islam menggalakkan umatnya supaya menuntut ilmu pengetahuan. Apabila Islam sampai ke Nusantara maka ulamak-ulamak giat menjalankan usawa dakwah dan mendidikan masyarakat tempatan di pusat-pusat pengajian. Apakah nama pusat-pusat pengajian berkenaan…

A. Sistem pondok
B. Sistem sekolah agama rakyat
C. Sistem madrasah
D. Sistem halakah

18. Sebelum kedatangan agama Islam di Alam Melayu ini masyarakat Melayu adalah berfahamkan animisma dan ada pula yang beragama Hindu. Pada keseluruhannya apakah pandangan semesta alam Melayu pada masa itu…

A. Manusia, alam dan kehidupan
B. Manusia, jin dan haiwan
C. Manusia dan makhluk halus
D. Manusia dan agama

19. Selama 23 tahun Al Quran diturunkan iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Setelah kewafatan Rasulullah s.w.t. tulisan al Quran masih berselerak dan tidak tersusun. Maka demi menjaga supaya al Quran itu tidak musnah begitu sahaja maka usaha menyusun dan menulisnya dalam satu mushaf telah dijalankan di zaman pemerintahan khalifah…

A. Abu Bakar al Siddiq
B. Umar al Khattab
C. Osman al Affan
D. ‘Umar bin Abd Aziz

20. Dalam ajaran Islam diterangkan banyak perkara berkenaan dengan perkara-perkara ghaib yang hanya dapat diceritakan sahaja dan tidak dapat dibuktikan melalui penglihatan. Perkara-perkara berkenaan dikenali sebagai perkara sam’iyat yang antaranya adalah seperti berikut…

A. Menerangkan kewujudan syurga dan neraka
B. Membincangkan berkenaan hantu kubur
C. Menerangkan mengenai perkara-perkara khurafat
D. Menjelaskan berkenaan cerita-cerita israiliyat

21. Di antara karya tempatan yang dikarang oleh ulamak tempatan adalah seperti berikut; Syair Siti Sianah, Syair Sinar Gemala Mastika Alam, Syair Nasihat Thamarat al Mahammah dan Tuhfat al Nafis. Karya-karya ini adalah merupakan tulisan..

A. al Jauhari
B. al Raniri
C. Hamzah Fansuri
D. Raja Ali Haji

22. Setelah Kerajaan Bani Abbasiyah memerintah umat Islam yang berpusat di Baghdad maka terdapat antara khalifah-khalifah Bani Abbasiyah ini yang berminat dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau telah mendirikan sebuah perpustakaan terbesar iaitu Bait al Hikmah. Siapakah khalifah berkenaan…?

A. Khalifah Al Mu’tasim
B. Khalifah Abu Jaafar al Mansur
C. Khalifah Al Ma’mun
D. Khalifah Harun al Rashid

23. Islam telah berkembang seluruh dunia di timur dan barat. Berikut adalah nama-nama kerajaan Islam yang didirikan seperti Kerajaan Ghori, kerajaan Khilji dan Kerajaan Lodi. Semua kerajaan ini berada di dalam negara..?

A. Afrika
B. Afghanistan
C. Pakistan
D. India

24. Sejarah tamadun Islam telah berkembang dengan pesat di Alam Melayu. Antara negara Islam di Alam Melayu yang mencapai tamadun yang tinggi adalah Tamadun Islam di Pasai. Kemuncak Tamadun Islam di Pasai berlaku antara tahun…?

A. 1500-1900M
B. 1528-1779M
C. 1400-1511M
D. 1250-1524M

25. Kitab-kitab seperti veda, uppanishat, ramayana, mahabrat, bible dan Quran merupakan kitab suci kepada umat masing-masing. Al Quran dikatakan kitab suci yang bersifat samawi. Apa erti samawi…?

A. Yang tertulis secara sistematik
B. Yang benar
C. Dari Langit
D. Terakhir

26. Al Quran merupakan sebuah kitab yang isi kandungannya adalah lengkap dan menerangkan secara menyeluruh merangkumi tiga perkara asas iaitu…

A. Politik, ekonomi dan sosial
B. Akidah, syariah dan akhlak
C. Ilmu, Iman dan amal
D. Bersih, cekap dan amanah

27. Terdapat ayat yang mengatakan, maksudnya: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan”. Kata-kata ini adalah merupakan…

A. Kata-kata Ali bin Abi Talib
B. Pepatah Arab
C. Al Hadith
D. Al Quran

28. Di dalam sejarah perubatan Islam sebuah karya yang amat terkenal berjudul al Qunun fi al Tibb yang merupakan kitab undang-undang perubatan. Siapakah pengarang kitab ini..?

A. Al Khawarizmi
B. Ibn Sina
C. Al Ghazali
D. Ibn Rusyd

29. Ibn Khaldun merupakan salah seorang sarjana muslim terkenal dalam berbagai bidang. Berikut adalah bidang-bidang yang beliau ceburi.

i. Sejarah
ii. Sosiologi
iii. Politik
iv. Agama
v. Seni

A. Semua di atas
B. i, ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. i dan iv

30. Al Biruni adalah seorang tokoh sarjana Muslim yang menonjol dalam bidang matematik, geografi, fizik dan astronomi. Di antara bidang-bidang tersebut yang manakah lebih menonjol..

A. Matematik
B. Geofrafi
C. Fizik
D. Astronomi





31. Dalam sejarah matematik Islam terdapat empat bidang matematik iaitu sistem nombor, al jabar, geometri dan trigonometri. Siapakah yang meneroka dalam bidang ini…?

A. Al Biruni
B. Al Khawarizmi
C. Al Farabi
D. Al Jabar

32. Kita sedia maklum bahawa Islam mengajar umatnya supaya melakukan keadilan dalam semua perkara. Pada pendapat anda apakah tujuan keadilan sosial diperkenalkan dalam Islam…

A. Membantu semua pihak untuk mendapatkan hak mereka.
B. Membasmi kemiskinan.
C. Untuk meringankan kesengsaraan golongan miskin.
D. Menuguji kejujuran khalifah Islam dan menguji ketaatan rakyat.

33. Islam telah memperkenalkan suatu sistem hidup berkeluarga. Tujuan institusi keluarga diperkenalkan untuk umat Islam adalah untuk…

i. Memelihara lelaki dan perempuan dari maksiat
ii. Memelihara supaya manusia tidak pupus
iii. Memelihara keselamatan zuriat
iv. Memelihara kesucian cinta

A. i. sahaja
B. i, ii dan iii
C. Semua di atas
D. Semua di atas tidak berkenaan.

34. Seorang sarjana Islam kontemporari iaitu Yusuf al Qaradhawi telah merumuskan beberapa alat utama ke arah penguasaan penjajah Barat ke atas umat Islam antaranya ialah

i. Sistem pendidikan
ii. Media massa
iii. Serangan sosial
iv. Sains dan Teknologi
v. Kesenian

A. ii sahaja
B. Semua di atas
C. i dan ii
D. i, ii dan iii






35. Di antara faktor kemunduran umat Islam adalah disebabkan terpengaruh dengan budaya sekularisma yang diperkenalkan oleh Barat. Antara ciri-ciri sekularisma ialah…KECUALI

A. Agama hanya berbentuk ritual dan peribadi
B. Seseorang tidak menanggung dosa orang lain
C. Urusan agama tiada hubungan degan urusan dunia
D. Membuat air yasin pada malam Jumaat

36. Gabungan suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan Sulu ini dipanggil…

A. Austronesia
B. Austric
C. Melayu
D. Melayu-Indonesia

37. Berikut adalah kenyataan yang benar tentang teori kedatangan Islam ke Nusantara… KECUALI

A. John Crawford mengatakan Islam datang dari Arab
B. Islam datang dari Arab sejak kurun ke 7M
C. Islam dibawa daripda China melalui Canton
D. Prof. Dr. HAMKA mengatakan Islam datang dari China

38. Kedatangan Islam ke Nusantara telah mengajar masyarakat Melayu beriman kepada Tuhan yang maha Esa iaitu Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah. Apakah yang dimaksudkan degan Tauhid Rububiyah…?

A. Tuhan yang disembah
B. Sebagai tempat memohon doa
C. Mempercayai tuhan yang esa sebagai pencipta
D. Semua di atas tidak berkenaan.

39. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan maka perlembagaan Malaysia diwujudkan, walaupun perlembagaan tidak menjadikan Malaya sebuah negara Islam namun perkataan Islam tidak dilupakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang menyebut: “Islam adalah sebagai agama persektuan Malaysia”. Petikan ini dapat dibaca dalam….

A. Perkara 153
B. Perkara 3(1)
C. Perkara 4(1)
D. Perkara 2(1)







40. Peristiwa hitam yang meragut banyak nyawa orang Melayu dan Cina pada 13 Mei 1969 yang akhirnya memberi kesan negatif kepada politik, ekonomi dan hubungan sosial antara kaum. Maka atas kesedaran ini kerajaan telah berusaha memulihkan hubungan perpaduan masyarakat Malaysia lalu memperkenalkan..

A. PNB
B. BBMB
C. MARA
D. DEB

41. Tercetusnya tamadun dunia ini adalah bermula daripada hasil kreativiti masyarakat mereka. Ini berbeza dengan Tamadun Islam yang mencapai kemajuan kebendaan dan kerohanian adalah bersumberkan kepada.....

A. Wahyu
B. Ijtihad
C. Tamadun Asing
D. Al Quran sahaja

42. Berikut adalah faktor-faktor yang mempercepatkan perkembangan Islam di Nusantara…
i. Perdagangan
ii. Perkahwinan
iii. Jihad
iv. Pendakwah
v. Kandungan ajaran Islam
vi. Hidayah

A. Semua di atas tidak berkenaan
B. Semua di atas adalah benar
C. i, ii, iii dan iv
D. i, ii, dan v

43. Masyarakat Melayu amat tertarik kepada ajaran Islam kerana ajaran Islam mudah diamalkan dan dia bersifat…

A. Anjal
B. Tetap dan tidak berubah
C. Sesuai dengan perasaan
D. Senang diamalkan kerana ia sentiasa berubah

44. Tamadun Islam mendapat tempat dalam hati masyarakat dunia kerana Islam mempunyai nilai-nilai yang tersendiri antaranya ialah…

A. Nasional
B. kesatuan dalam kepelbagaian.
C. Pragmatis
D. Globalisasi



45. Jahiliah bukan membawa pengertian jahil dari segi ilmu pengetahuan, tetapi sebenarnya jahil dalam….

A. Aspek keagamaan
B. Aspek akidah
C. Aspek siyasah
D. Aspek kerohanian

46. Agama menyembah api atau majusi berasal dari bumi…

A. China
B. Parsi
C. Arab
D. India

47. Kitab al Quran merupakan sebuah kitab mengajar manusia mengenali kehidupan yang sebenarnya iaitu dalam aspek…

A. Akidah, ibadah dan akhlak
B. Semua aspek
C. Sains dan teknologi
D. Dunia dan akhirat

48. Mengikut ahli sejarah Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan….

A. 20 April 571 Masihi.
B. 20 April 570 Masihi.
C. 20 April 561 Masihi.
D. 20 April 560 Masihi.

49. Apabila tiba masa yang ditentukan maka Allah s.w.t. telah memerintahkan Rasulullah s.a.w. dan sahabat berberhijrah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku pada tahun…

A. 622Masihi.
B. 612Masihi.
C. 620Masihi.
D. 610Masihi.

50. Perlembagaan Madinah yang juga disebut Piagam Madinah telah digubal oleh Rasulullah s.a.w. yang mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal dalam bahagian pertama dan 24 fasal dalam bahagian kedua.

A. Kenyataan di atas adalah benar
B. Kenyataan di atas adalah tidak benar
C. Berjumlah 45 fasal kesemuanya.
D. Kesemuanya mengandungi 50 fasal.


51. Dalam sistem pemerintahan Kerajaan Islam terdapat beberapa jawatan penting. Antara jawatan yang tertinggi yang pernah disandang oleh sahabat Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda di Madinah ialah…

A. Amir
B. Khalifah
C. Sultan
D. Qadhi al qudha’

52. Jika dikumpulkan isi kandungan kitab-kitab terdahulu serta suhuf yang telah diturunkan olah Allah s.w.t. kepada rasul-rasulNya maka itulah al Quran yang sebenarnya.

A. Kenyataan di atas adalah benar
B. Kenyataan di atas dalah salah
C. al Quran adalah separuh dari kitab-kitab yang telah diturunkan
D. Suhuf adalah sebahagian daripada al Quran

53. Waraqah ban Nawfal berjuang bersama-sama Rasulullah sehingga beliau terbunuh dalam peperangan.

A. Uhud
B. Tidak berkenaan
C. Badar
D. Khandak

54. Pengajaran al Quran mengandungi perkara-perkara berikut. KECUALI
i- Fleksibel
ii- Sesuai di semua tempat
iii- Sesuai di semua zaman
iv- Sentiasa menerima perubahan

A. i, ii, iii
B. Semua di atas
C. ii, iii
D. i sahaja

55. Tamadun Islam adalah bersumberkan kepada al Quran dana al Hadith yang mengandungi perkara asas seperti berikut.

i- Akidah
ii- Syariah
iii- Akhlak
iv- Politik
v- Ekonomi
vi- Sosial
vii- Jasmani
viii- Rohani



A. i, ii, iii
B. iv, v, vi
C. i, ii, iii, iv, v, vi
D. Semua di atas


56. Tamadun Islam amat menekankan kepada ilmu pengetahuan. Berikut adalah ciri-ciri ilmu mengikut pandangan Islam.

A. Ketuhanan
B. Arabiah
C. Saintifik
D. Akliah

57. Al Qanun Fi Tib merupakan sebuah buku yang agong dalam bidang perubatan telah dikarang oleh sarjana Muslim yang bernama.

A. Al Farabi
B. Ibn Sina
C. Imam al Ghazali
D. Al Khawarizmi

58. Ibn Khaldun dilahirkan di Tunis pada pada tahun 1331M telah mengarang banyak buku. Di antara karya beliau yang terkenal ialah…

A. Kitab al Ibar
B. Ihya Ulumuddin
C. Tarikh Tamaddun al Islami
D. Hayat Muhammad

59. Berikut adalah nama-nama tokoh sarjana Muslim yang bergiat dalam bidang ilmu pengetahuan. KECUALI
i- Ibn Tufail
ii- Ibn Hazm
iii- Ibn Batutah
iv- Musa bin Nusair
v- Harun al Rasyid

A. iv, v.
B. i, ii
C. iii
D. Semua di atas

60. Sekitar tahun 3950–1700SM sejarah Tamadun China telah bermula dengan lembah sungai di bahagian utara China bermula dengan Sungai Kuning yang dikenali sebagai..

A. Huang He
B. Huang Ho
C. Kun Lun
D. Bo-Hai

BAHAGIAN B (30 markah)


Jawab SATU (1) soalan sahaja


1. Tamadun Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan kemajuan yang amat agong dan cemerlang. Rahsia kejayaan baginda adalah berpunca dari aspek-aspek berikut. Bincangkan

a. Aspek akidah (10 markah)
b. Aspek syariah (10 markah)
c. Aspek Akhlak (10 markah)

Jumlah (30 markah)




2. Terdapat beberapa pendapat sarjana Muslim dan Orientalis berkenaan dengan kedatangan Islam ke Nusantara ini. Berikut anda diminta menerangkan pendapat-pendapat mereka seperti di bawah:

a. Teori kedatang Islam dari Arab (10 markah)
b. Teori kedatang Islam dari Cina (10 markah)
c. Teori kedatang Islam dari India (10 markah)

Jumlah (30 markah)




3. Ada banyak faktor yang menyebabkan Islam cepat berkembang di Alam Melayu ini. Berikut disenarikan faktor-taktor yang mempercepatkan perkembangan Islam itu:

a. Faktor Perkahwinan (10 markah)
b. Faktor Mubaligh (10 markah)
c. Faktor Islam itu sendiri (10 markah)

Jumlah (30 markah)








KERTAS SOALAN TAMAT




















































BAHAGIAN A (30 markah)

1 D
2 B
3 C
4 C
5 B
6 D
7 C
8 D
9 B
10 A
11 C
12 A
13 D
14 C
15 B
16 D
17 A
18 A
19 C
20 A
21 D
22 C
23 D
24 D
25 C
26 B
27 C
28 B
29 A
30 D 31 B
32 C
33 B
34 D
35 B
36 D
37 D
38 C
39 B
40 D
41 A
42 B
43 A
44 B
45 B
46 B
47 B
48 A
49 A
50 A
51 B
52 B
53 B
54 A
55 A
56 A
57 B
58 A
59 A
60 A


BAHAGIAN B (30 markah)

Jawab SATU (1) soalan sahaja.

Soalan

1. Tamadun Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan kemajuan yang amat agong dan cemerlang. Rahsia kejayaan baginda adalah berpunca dari aspek-aspek berikut. Bincangkan

a. Aspek akidah (10 markah)
b. Aspek syariah (10 markah)
c. Aspek Akhlak (10 markah)


Jumlah (30 markah)



Jawapan


1. Tamadun Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan kemajuan yang amat agong dan cemerlang. Rahsia kejayaan baginda adalah berpunca dari aspek-aspek berikut. Bincangkan


a. Aspek akidah + Huraian (10 markah)
b. Aspek syariah + Huraian (10 markah)
c. Aspek Akhlak + Huraian (10 markah)

Jumlah (30 markah)


Soalan

2. Terdapat beberapa pendapat sarjana Muslim dan Orientalis berkenaan dengan kedatangan Islam ke Nusantara ini. Berikut anda diminta menerangkan pendapat-pendapat mereka seperti di bawah:

a. Teori kedatangan Islam dari Arab (10 markah)
b. Teori kedatangan Islam dari Cina (10 markah)
c. Teori kedatangan Islam dari India (10 markah)

Jumlah (30 markah)






Jawapan

2. Terdapat beberapa pendapat sarjana Muslim dan Orientalis berkenaan dengan kedatangan Islam ke Nusantara ini. Berikut anda diminta menerangkan pendapat-pendapat mereka seperti di bawah:


Skema

a. Teori kedatangan Islam dari Arab + huraian (10 markah)
b. Teori kedatangan Islam dari Cina + huraian (10 markah)
c. Teori kedatangan Islam dari India + huraian (10 markah)

Jumlah (30 markah)


Soalan

3. Ada banyak faktor yang menyebabkan Islam cepat berkembang di Alam Melayu ini. Berikut disenarikan faktor-taktor yang mempercepatkan perkembangan Islam itu:

a. Faktor Perkahwinan (10 markah)
b. Faktor Mubaligh (10 markah)
c. Faktor Peperangan (10 markah)

Jumlah (30 markah)




Jawapan


Skema

a. Faktor Perkahwinan + huraian (10 markah)
b. Faktor Mubaligh + huraian (10 markah)
c. Faktor Peperangan + huraian (10 markah)


Jumlah (30 markah)

No comments:

Post a Comment