Monday, January 4, 2010

Soalan CTU551B

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEPERIKSAAN AKHIR



KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KOD KURSUS : CTU551/TITAS1

PEPERIKSAAN : APRIL 2006

MASA : 2 JAM



ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (60 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)

2. Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan sahaja dari BAHAGIAN B.

i. BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR
ii. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas.

4. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:
i. Kertas Soalan
ii. Satu Buku Jawapan – disediakan oleh Fakulti
iii. Satu Kertas Jawapan Objektif OMR













_____________________________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN
Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak



BAHAGIAN A (30 markah)

Jawab SEMUA soalan

Hitamkan  pada jawapan yang paling TEPAT.

1. Terdapat beberapa perbezaan antara Kebuayaan Barat dengan Kebudayaan Islam. Berikut aalah beberapa perbezaan yang amat ketara:

i. Kebudayaan Barat melahirkan agama Kristian
ii. Kebudayaan Islam telah melahirkan kepercayaan Islam.
iii. Agama Kristian telah melahirkan Kebudayaan Barat.
iv. Agama Islam telah melahirkan kebudayaan Islam.

A. Semua di atas adalah benar.
B. i. ii. dan iii
C. i. iii. dan iv
D. i dan iv

2. Di antara ciri-ciri tamadun dunia ialah wujudnya sistem penulisan. Berikut adalah tamadun dunia yang masih mengekalkan tulisan dalam tamadun mereka.

A. Tamadun Arab
B. Tamadun China
C. Tamadun Parsi
D. Tamadun Melaka

3. Dalam sejarah Tamadun Mesir, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Rom dan sebagainya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kekuatan dan perkembangan tamadun-tamadun berkenaan amat bergantug kepada..

A. Sistem tulisan.
B. Corak pemerintahan.
C. Kebolehan rakyat.
D. Faktor geografi.

4. Tamadun Islam mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia membangun dan berkembang dengan pantas adalah disebabkan oleh…

A. Teknologi persenjataan
B. Kepintaran pemimpin
C. Sistem Islam itu sendiri
D. Ingin mati syahid




5. Berikut adalah beberapa perkara yang benar mengenai penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah.. KECUALI

A. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. di temani oleh Abu Bakar.
B. Rasulullah s.a.w. bersembunyi di Gua Hera’.
C. Rasulullah s.a.w. menggunakan jalan pantai.
D. Orang kafir Quraisy menjejaki perjalanan Nabi s.a.w. dan berjaya.

6. Tamadun Islam yang gemilang pada hari ini adalah hasil daripada usaha baginda Rasulullah s.a.w. yang mula membina asasnya secara sederhana di..

A. Di Baghdad
B. Di Damsyik
C. Di Madinah
D. Di Makkah

7. Orang kafir Quraisy mula menentang Rasulullah s.a.w. apabila mereka melihat perkembangan Islam yang cepat merebak ke seluruh jazirah Arab. Penentangan itu adalah disebabkan oleh…

A. Rasa iri hati terhadap kejayaan Rasulullah s.a.w.
B. Inginkan kuasa pemerintahan.
C. Menggugat perniagaan berhala.
D. Cintakan agama datuk nenek mereka.

8. Setelah mengambil masa selama lebih daripada tiga belas tahun berdakwah di Makkah, apakah hasil yang telah dikecapi oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam aspek Tamadun Islam..?

A. Berjaya merapatkan juarng perbezaan antara golongan kaya dan miskin.
B. Mentamadunkan masyarakat Arab jahiliah secara kecil-kecilan.
C. Berjaya mengubah masyarakat Arab supaya berfikir.
D. Dapat menjalankan perintah Allah s.w.t.

9. Kedatangan Islam adalah untuk membasmi sifat jahiliah dalam kalangan masyarakat Arab. Kejahilan itu adalah tertumpu kepada aspek..?

A. Sifat buruk masyarakat Arab.
B. Tidak beriman kepada Allah s.w.t.
C. Perasaan ‘asabiyah dalam kalangan masyarakat.
D. Perhambaan sesama sendiri.

10. Terdapat banyak berlaku peperangan antara umat Islam dengan orang kafir adalah disebabkan oleh:

i. Mempertahnkan diri.
ii. Menghalan kemaraan orang kafir.
iii. Meluaskan jajahan takluk negara Islam.
iv. Dapat menikmati harta rampasan perang.


A. i. dan ii.
B. i. ii. dan iii.
C. i. sahaja
D. Semua di atas adalah benar

11. Berikut adalah kenyataan mengenai peperangan yang dilancarkan oleh Rasulullah s.a.w. KECUALI.

A. Harta rampasan perang tidak boleh dimiliki sebelum dibahagikon oleh baginda.
B. Tawanan perang dilayan dengan baik.
C. Rasulullah s.a.w. sentiasa menang dalam peperangan.
D. Rasulullah s.a.w. sentiasa melaungkan “Allahuakbar” ketika berperang.

12. Kini masyarakat dunia melihat konsep jihad dengan kefahaman yang salah iaitu dikaitkan dengan keganasan. Ini adalah disebabkan oleh:

A. Dakyah orang Yahudi dan Nasrani.
B. Tidak memahami Islam yang sebanar.
C. Benci terhadap agama Islam.
D. Islam merupakan ancaman kepada mereka.

13. Di dalam peperangan Rasulullah s.a.w. sentiasa mengelak daripada membunuh musuh. Sepanjang hanyat baginda hanya seorang sahaja musuh terbunuh di tangan baginda. Ini disebabkan oleh...

A. Tak sampai hati untuk membunuh.
B. Cinta kepada musuh.
C. Tugas baginda hanya mengurus dan strategi peperangan.
D. Kasih terhadap manusia

14. Dalam sejarah perkembangan agama Islam dalam kalangan orang Melayu memperlihatkan betapa cenderungnya masyarakat Melayu terhadap agama Islam. Hal ini disebagkan oleh...

i. Islam adalah agama yang adil.
ii. Islam mudah difahami.
iii. Islam agama mendorong kepada kekayaan.
iv. Islam menggalakkan kahwin campur.
v. Penyibaran Islam secara berhikmah.

A. i. ii
B. i. ii. iii
C. i. ii. dan v
D. Semua di atas adalah benar





15. Di antara faktor cepatnya berkembang agama Islam di dalam kalangan masyarakat Melayu Nusantara adalah dikaitkan dengan faktor jihad…

A. Menentang Siam
B. Menentang Belanda
C. Menentang Amerika
D. Menentang China

16. Pada peringkat permulaan para pendakwah yang menyibarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu, mereka terdiri daripada kumpulan...

A. Parti Islam
B. Jamaah Tabligh
C. Raja-raja Melayu
D. Wali Songo

17. Peringkat awal pendidikan Islam dijalan oleh pendakwah di bawah satu sistem pendidikan yang terkenal hingga hari ini iaitu

A. Sistem pondok
B. Sistem pendidikan Islam
C. Sistem madrasah
D. Sistem kuliah maghrib

18. Sebelum kedatangan agama Islam di Alam Melayu ini masyarakat Melayu adalah berfahamkan animisma dan ada pula yang beragama Hindu. Amalan berkenaan masih lagi bercampur aduk dengan amalan Islam. Ini disebabkan oleh:

A. Iman yang kurang.
B. Tidak berilmu agama.
C. Kurang mempercayai agama Islam.
D. Semua agama sama sahaja.

19. Al Quran yang ada sehingga sekarang ini adalah hasil usaha para sahabat mengumpul dan menyalinnya dalam satu musfat. Usaha menyalin al Quran dalam satu mushaf ini dilaksanakan oleh Khalifah…?

A. Harun al Rasyid
B. Umar al Khattab
C. Osman al Affan
D. ‘Umar bin Abd Aziz

20. Terdapat banyak perkara-perkara ghaib telah dinyatakan di dalam al Quran dan al Hadith Rasulullah s.a.w. iaitu disebut sebagai perkara sam’iyat yang antaranya adalah seperti berikut…

A. Menerangkan hari akhirat.
B. Menerangkan mengenai godaan syaitan.
C. Membincangkan mengenai nasib.
D. Mentashihkan cerita-cerita israiliyat

21. Dalam sejarah Tamadun Melayu terdapat banyak karya tempatan yang dikarang oleh ulamak tempatan adalah seperti berikut; Syair Siti Sianah, Syair Sinar Gemala Mastika Alam, Syair Nasihat Thamarat al Mahammah dan Tuhfat al Nafis. Karya-karya ini adalah merupakan tulisan..

A. HAMKA
B. al Raniri
C. Hamzah Fansuri
D. Raja Ali Haji

22. Sejarah Kerajaan Bani Abbasiyah telah mendirikan sebuah perpustakaan terbesar iaitu Bait al Hikmah. Siapakah khalifah berkenaan…?

A. Khalifah Abu al Saffah.
B. Khalifah Abu Jaafar al Mansur.
C. Khalifah Al Ma’mun.
D. Khalifah Harun al Rashid.

23. Terdapat beberapa kerajaan Islam selepas kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad iaitu seperti Kerajaan Ghori, kerajaan Khilji dan Kerajaan Lodi. Semua kerajaan ini berada di dalam negara..?

A. Mesir
B. Arab
C. Pakistan
D. India

24. Pasai merupakan sebuah Kerajaan Islam pertama di Alam Melayu. Kemuncak Tamadun Islam di Pasai berlaku antara tahun…?

A. 1200-1400M
B. 1528-1779M
C. 1400-1511M
D. 1250-1524M

25. Dalam tamadun manusia mereka memiliki sistem tulisan yang denganya wujud pula karya seperti veda, uppanishat, bible dan Quran. Terdapat keunikan al Quran berbanding dengan kitab-kitab lain ialah..?

A. Tulisan yang cantik
B. Yang benar
C. Dari Langit
D. Terakhir






26. Tamadun Islam bermula daripada al Quran yang merupakan sebuah kitab lengkap dan menerangkan secara menyeluruh merangkumi tiga perkara asas iaitu…

A. Siyasah, iqtisab dan Tasauf
B. Akidah, syariah dan akhlak
C. Ilmu, Iman dan amal
D. Bersih, cekap dan amanah

27. Sepotong ayat yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan”. Kata-kata ini adalah merupakan…

A. Syair
B. Qasidah
C. Al Hadith
D. Al Quran

28. Di dalam sejarah perubatan Islam sebuah karya yang agong berjudul al Qunun fi al Tibb yang merupakan kitab undang-undang perubatan. Siapakah pengarang kitab ini..?

A. Al Razi
B. Ibn Sina
C. Al Ghazali
D. Ibn Rusyd

29. Ibn Khaldun merupakan salah seorang sarjana muslim terkenal dalam banyak bidang ilmu pengetahuan. Berikut adalah bidang-bidang yang beliau ceburi.

i. Sejarah
ii. Sosiologi
iii. Politik
iv. Agama
v. Seni

A. Semua di atas
B. i, ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. i dan iv

30. Seorang tokoh muslim terkenal iaitu al Biruni yang menguasai bidang matematik, geografi, fizik dan astronomi. Walau bagaimana pun terdapat bidang yang paling terserlah iaitu bidang…

A. Matematik
B. Falsafah
C. Kimia
D. Astronomi

31. Terdapat empat bidang matematik yang diterokai oleh sarjana matematik Islam iaitu sistem nombor, al jabar, geometri dan trigonometri. Siapakah sarjana yang dimaksudkan..?

A. Al Biruni
B. Al Khawarizmi
C. Al Farabi
D. Al Jabir

32. Islam mengajar umatnya supaya melakukan keadilan dalam semua perkara. Apakah tujuan keadilan sosial diperkenalkan dalam Islam…

A. Membantu semua pihak untuk mendapatkan hak mereka.
B. Membasmi kemiskinan.
C. Untuk meringankan kesengsaraan golongan miskin.
D. Menuguji kejujuran pemerintah Islam.

33. Dalam sistem kekeluargaan, Islam telah memperkenalkan suatu sistem hidup yang menjamin keharmonian rumah tangga. Ini adalah bertujuan untuk…

i. Memelihara daripada melakukan maksiat
ii. Memelihara supaya manusia tidak pupus
iii. Memelihara keselamatan zuriat
iv. Memelihara kesucian cinta

A. i. sahaja
B. i, ii dan iii
C. Semua di atas
D. i. dan iii.

34. Yusuf al Qaradhawi seorang sarjana Muslim yang telah merumuskan senjata utama ke arah penguasaan penjajah Barat ke atas umat Islam antaranya ialah

i. Sistem pendidikan
ii. Media massa
iii. Serangan sosial
iv. Sukan
v. Nyanyian

A. ii sahaja
B. Semua di atas
C. i dan ii
D. i. ii dan iii







35. Sekularisma telah diperkenalkan oleh Barat yang amat merbahaya diamalkan dalam kehidupan umat Islam. Antara ciri-ciri sekularisma ialah…

i. Memisahkan sistem agama dengan duniawi.
ii. Agama berbentuk ritual dan peribadi
iii. Pergaulan lelaki dan perempuan
iv. Membaca al Quran untuk mengambil barkat
v. Memisahkan ilmu agama dengan ilmu dunia

A. i. sahaja
B. i. ii. iv
C. i. ii
D. Semua di atas

36. Berikut adalah gabungan suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Semua ethnik ini diategorikan sebagai..

A. Austronesia
B. Austric
C. Melayu-Timur
D. Melayu-Indonesia

37. Terdapt beberapa pandangan sarjana mengenai asal usul kedatang Islam ke Nusantara. Berikut adalah kenyataan yang benar tentang teori kedatangan Islam ke Nusantara itu.. KECUALI

A. John Crawford mengatakan Islam datang dari Arab
B. Islam datang dari Arab sejak kurun ke 7M
C. Islam dibawa daripda China melalui Canton
D. Prof. Dr. HAMKA mengatakan Islam datang dari China

38. Kedatangan Islam ke Nusantara telah mengajar masyarakat Melayu beriman kepada Tuhan yang mencipta alam ini iaitu Tauhid kepada Allah s.w.t. Apakah yang dimaksudkan dengan Tauhid…?

A. Amal dengan sungguh-sungguh kepada Allah.
B. Memberi tumpuan kepada Allah.
C. Mempercayai tuhan itu satu.
D. Allah sahaja yang wajib disembah.

39. Di dalam Perlembagaan Malaysia ada menyebut: “Islam adalah sebagai agama persektuan Malaysia”. Petikan ini boleh didapati di dalam….

A. Perkara 153
B. Perkara 3(1)
C. Perkara 4(1)
D. Perkara 2(1)


40. Pada 13 Mei 1969 berlaku pergaduhan antara Malayu dan China yang akhirnya memberi kesan negatif kepada politik, ekonomi dan hubungan sosial antara kaum. Maka atas kesedaran ini kerajaan telah berusaha memulihkan hubungan perpaduan masyarakat Malaysia lalu memperkenalkan..

A. PNB
B. ASB
C. MARA
D. DEB

41. Masyarakat yang bertamadun berasa bangga dengan kejayaan mereka dalam hasil ciptaan yang mereka perolehi. Hal ini berbeza dengan Tamadun Islam yang mencapai kemajuan kebendaan dan kerohanian adalah bermula daripada..

A. Wahyu
B. Ijtihad
C. Tamadun Asing
D. Kajian ilmiah

42. Terdapat beberapa sebab mengapa Islam dapat berkembang dengan pesat di Alam Melayu pada abad ke 15M.

i. Perdagangan
ii. Perkahwinan
iii. Jihad
iv. Pendakwah
v. Kebaikan Islam itu sendiri
vi. Hidayah

A. vi. sahaja
B. Semua di atas adalah benar
C. i, ii, iii dan iv
D. i, ii, dan v

43. Islam merupakan ajaran yang dapat menawan hati masyarakat Melayu Nusantara. Ini adalah disebabkan

A. Islam adalah tetap dan anjal
B. Tetap dan tidak berubah
C. Sesuai dengan perasaan
D. Senang diamalkan kerana ia sentiasa berubah-ubah

44. Konsep Tamadun Islam mendapat tempat dalam hati seluruh manusia kerana Islam mempunyai nilai-nilai yang tersendiri antaranya ialah…

A. Kebangsaan
B. kesatuan dalam kepelbagaian.
C. Pragmatis
D. Globalisasi

45. Masyarakat jahiliah bukanlah membawa pengertian tidak tahu membaca den menulisa tetapi..

A. Tidak beribadah kepada Allah s.w.t.
B. Tidak beriman keapda Allah s.w.t.
C. Akhlak yang buruk.
D. Tidak memahami konsep pahala dan dosa.

46. Terdapat berbagai-bagai cara manusia melakukan upacara ibadah yang dibawa oleh penganutnya dari negeri asal. Oleh itu negara asal yang memperkenalkan agama menyembah api ialah….

A. China
B. Parsi
C. Arab
D. India

47. Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kitab suci al Quran al Karim. KECUALI

i. Mengandungai maklumat dahulu dan akan datang.
ii. Merupakan mukjizat nabi Muhammad s.a.w
iii. Membacanya adalah merupakan ibadah.
iv. Mengandungi sains dan teknologi

A. i. ii. iiii
B. Semua di atas
C. ii. iiii. iv
D. ii. iiii

48. Pada tahun 20 April 571M lahirlah seorang manusia yang terkenal dalam sejarah Islam. Beliau ialah ….

A. Nabi Muhammad s.a.w
B. Khalifah Abu Bakar al Siddiq
C. Khalifah Umar al Khattab
D. Khalifah Ali bin Abi Talib

49. Pada tahun 622M berlakulah suatu peristiwa yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam sepanjang zaman. Peristiwa berkenaan ialah …

A. Penghijrahan Rasululah s.a.w. ke Madinah.
B. Peperangan Badar.
C. Peperangan Uhud.
D. Peperangan Khandak.




50. Ketika Rasulullah s.a.w. sampai ke Madinah, baginda telah membentuk Perlembagaan Madinah yang juga disebut Piagam Madinah. Dalam perlembagaan itu ada menyebutkan:

i. Perdamaian
ii. Perniagaan
iii. Ibadah
iv. Pemerintahan
v. Undang-undang.

A. i. iv. v
B. i. ii. iii
C. i. iii. iv.
D. Semua di atas adalah benar.

51. Jawatan tertinggi ialah Rasul. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat maka jawatan yang tertinggi disandang oleh sahabat baginda ialah..

A. Waliulllah
B. Khalifah
C. Amirul Mukminin
D. Sultan

52. Al Quran adalah mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Berikut adalah berkenaan kemukjizatan al Quran. KECUALI.

i. Al Quran tidak dapat diubah
ii. Al Quran terpelihara keasliannya hingga kini
iii. Al Quran berubah mengikut peredaran zaman
iv. Terdapat beberapa versi al Quran yang patut diikuti oleh umat Islam
v. Isi kandungan al Quran tidak seusuai mengikut pandangan orang kafir

A. i. ii. iv
B. i. ii. v
C. i. ii. iii. v
D. Semua di atas adalah benar

53. Khalid al Walid merupakan pejuang Islam yang sama-sama berjuang dengan Rasulullah s.a.w. hingga terbunuh dalam medan perang.

A. Kenyataan di atas adalah benar
B. Kenyataan di atas adalah tidak benar
C. Khalid terbunuh dalam peperangan Tabuk
D. Khalid al Walid mati syahid dalam suatu peperangan





54. Salah satu dari sumber Tamadun Islam ialah al Sunnah. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan al Sunnah.

i. Al Sunnah adalah hadith nabi.
ii. Al Sunnah adalah salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.
iii. Al Sunnah adalah al Quran kedua.
iv. Al Sunnah adalah suatu yang dihafal oleh para sahabat.

A. i. iv
B. i. iii. iv
C. i. ii. iii
D. Semua di atas adalah benar.

55. Tamadun Islam adalah bersumberkan kepada al Quran dana al Hadith yang mengandungi perkara asas seperti berikut.

i- Iman
ii- Ibadah
iii- Akhlak
iv- Politik
v- Ekonomi
vi- Sosial
vii- Sains
viii- Kesenian

A. i, ii, iii
B. iv, v, vi
C. i, ii, iii, iv, v, vi
D. Semua di atas


56. Ilmu pengetahuan merupakan nadi dalam Tamadun Islam. Berikut adalah ciri-ciri ilmu mengikut pandangan Islam. KECUALI

i. Bersumber al Quran
ii. Ilmu Al Quran boleh dikaji
iii. Penapisan perlu kepada al Quran
iv. Al Quran perlu ditafsir semula
v. Sains moden banyak bercanggah dengan al Quran

A. iii. iv
B. iii. iv. v
C. ii. iii. iv. v
D. iii sahaja





57. Imam al Ghazali merupakan seorang tokoh yang tersohor dalam sejarah Islam dari sudut keilmuan. Sebuah buku beliau yang hingga kini dibaca oleh umat Islam dalam bidang tasauf ialah….

A. Kasyarul al Asrar
B. Ihya Ulumuddin
C. Mutla’al Badrain
D. Al Qunun fi tibb

58. Sebuah kitab berjudul “al Ibar” telah ditulis Ibn Khaldun pada pada tahun 1331M. Kitab berkenaan adalah berkenaan dengan…

A. Sejarah
B. Falsafah
C. Sosiologi
D. Tasauf

59. Berikut adalah nama-nama tokoh politik Muslim yang bergiat dalam bidang penerintahan negara. KECUALI

i- Ibn Tufail
ii- Ibn Hazm
iii- Ibn Batutah
iv- Musa bin Nusair
v- Tariq bin Ziyad

A. i, ii, iii.
B. iv. v
C. iv. sahaja
D. Semua di atas

60. Dalam sejarah Tamadun China telah bermula dengan tamadun lembah sungai di bahagian utara China bermula dengan Sungai Kuning yang dikenali sebagai..

A. Huang He
B. Huang Ho
C. Kun Lun
D. Bo-Hai












BAHAGIAN B (30 markah)


Jawab SATU (1) soalan sahaja


1. Terdapat asas Tamadun Islam yang menjadi tunjang kepada pencapaian Tamadun Islam iaitu asas iman, ibadah dan akhlak. Nyatakan dengan jelas konsep berkenaan.

a. Asas iman (10 markah)
b. Asas ibadah (10 markah)
c. Asas akhlak (10 markah)

Jumlah (30 markah)




2. Berbagai-bagai teori kedatangan Islam ke Nusantara dikemukana oleh sarajan. Huraikan teori-teori berkenaan seperti yang dinyatakan di bawah serta bawakan hujah-hujah berkenaan.

a. Teori Islam dari Arab ke Nusantara (10 markah)
b. Teori Islam dari Cina ke Nusantara (10 markah)
c. Teori Islam dari India ke Nusantara (10 markah)

Jumlah (30 markah)




3. Para sejarawan telah mengenal pasti terdapat beberapa faktor yang mepercepatkan Islam berkembang di Alam Melayu. Huraikan faktor berikut serta contoh-contoh bagi membuktikan kebenaran hujjah anda.

a. Faktor Perkahwinan (10 markah)
b. Faktor Jihad (10 markah)
c. Faktor Islam itu sendiri (10 markah)

Jumlah (30 markah)






KERTAS SOALAN TAMAT























































BAHAGIAN A (30 markah)

1 D
2 B
3 C
4 C
5 B
6 D
7 C
8 D
9 B
10 A
11 C
12 A
13 D
14 C
15 B
16 D
17 A
18 A
19 C
20 A
21 D
22 C
23 D
24 D
25 C
26 B
27 C
28 B
29 A
30 D 31 B
32 C
33 B
34 D
35 B
36 D
37 D
38 C
39 B
40 D
41 A
42 B
43 A
44 B
45 B
46 B
47 B
48 A
49 A
50 A
51 B
52 B
53 B
54 A
55 A
56 A
57 B
58 A
59 A
60 A


BAHAGIAN B (30 markah)

Jawab SATU (1) soalan sahaja.

Soalan

1. Terdapat asas Tamadun Islam yang menjadi tunjang kepada pencapaian Tamadun Islam iaitu asas iman, ibadah dan akhlak. Nyatakan dengan jelas konsep berkenaan.

a. Asas iman (10 markah)
b. Asas ibadah (10 markah)
c. Asas akhlak (10 markah)

Jumlah (30 markah)




Jawapan

Skema

1. Terdapat asas Tamadun Islam yang menjadi tunjang kepada pencapaian Tamadun Islam iaitu asas iman, ibadah dan akhlak. Nyatakan dengan jelas konsep berkenaan.


a. Asas iman + Huraian (10 markah)
b. Asas ibadah + Huraian (10 markah)
c. Asas akhlak + Huraian (10 markah)

Jumlah (30 markah)


Soalan

2. Berbagai-bagai teori kedatangan Islam ke Nusantara dikemukana oleh sarajan. Huraikan teori-teori berkenaan seperti yang dinyatakan di bawah serta bawakan hujah-hujah berkenaan.

a. Teori Islam dari Arab ke Nusantara (10 markah)
b. Teori Islam dari Cina ke Nusantara (10 markah)
c. Teori Islam dari India ke Nusantara (10 markah)

Jumlah (30 markah)




Jawapan

Skema

2. Berbagai-bagai teori kedatangan Islam ke Nusantara dikemukana oleh sarajan. Huraikan teori-teori berkenaan seperti yang dinyatakan di bawah serta bawakan hujah-hujah berkenaan.


a. Teori kedatangan Islam dari Arab + huraian (10 markah)
b. Teori kedatangan Islam dari Cina + huraian (10 markah)
c. Teori kedatangan Islam dari India + huraian (10 markah)

Jumlah (30 markah)


Soalan

3. Para sejarawan telah mengenal pasti terdapat beberapa faktor yang mepercepatkan Islam berkembang di Alam Melayu. Huraikan faktor berikut serta contoh-contoh bagi membuktikan kebenaran hujjah anda.

a. Faktor Perkahwinan (10 markah)
b. Faktor Jihad (10 markah)
c. Faktor Islam itu sendiri (10 markah)

Jumlah (30 markah)




Jawapan


Skema

3. Para sejarawan telah mengenal pasti terdapat beberapa faktor yang mepercepatkan Islam berkembang di Alam Melayu. Huraikan faktor berikut serta contoh-contoh bagi membuktikan kebenaran hujjah anda.


a. Faktor Perkahwinan + huraian (10 markah)
b. Faktor Jihad + huraian (10 markah)
c. Faktor Islam itu sendiri + huraian (10 markah)


Jumlah (30 markah)

No comments:

Post a Comment